Sekarang musim demam, batuk dan selesema. Ia menjangkiti bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga.
Baru-baru ini saya balik kampung di Kelantan. Alhamdulillah kali ini lepas pula cuti saya selama 5 hari. Rancangannya balik kampung dapatlah 7 hari campur hujung minggu. Kami balik hari Ahad. Ditakdirkan pagi tu kedengaran Faiz batuk-batuk. Badan pun dedar. Hati dah runsing, cuma berdoa insyaAllah baik-baik aje.
Menjelang petang masih di dalam perjalanan, mula panas sikit. Faiz demam sehingga 4 hari lamanya. Sepanjang itu kami hanya berada di rumah, tak dapat juga pergi jalan-jalan ikut rancangan asal. Rupa-rupanya demam disebabkan tonsil bengkak. Aduh kesian dia. Sepanjang tempoh itu juga Faiz enggan makan. Hanya minum susu dan air sahaja. Perut memang lembik sebab tak makan.
Lagi menerukkan keadaan, Faiz ni taknak makan ubat. Jika supplemen Shaklee seperti Nutriferon, Mealshake dan Omega Guard memang senang dia makan. Omega saya stop pada dia dalam 3 minggu juga, sebab saya tak tambah bekalan. Rasa bersalah.
Ubat doktor meraung dan meronta taknak. Kalau saya seorang memang tak boleh bagi, kena ada baba Faiz sekali. Gagah anak mama tu. Walaupun berjaya masukkan ubat dalam mulut, tetapi diluahkan balik guna lidahnya. Memang cerdik.
Hari ke 4 demam, saya dah minta baba untuk bawa Faiz ke hospital, sebab demam masih belum kebah. Ubat enggan makan, elok masuk ubat ikut IV. Saya pasrah, saya cuma bimbangkan urat saraf beliau terjejas disebabkan kepanasan demam itu.
Dijadikan cerita, sebelum hantar ke hospital dah tengok suhu badan pun dah turun. Pantau hingga ke petang, alhamdulillah tak perlu dibawa ke hospital.
Untuk pengetahuan, di samping ubat doktor yang memang langsung tak masuk dalam tekak beliau, saya teruskan dengan memberi Nutriferon, Mealshake dan Omega Guard.
Omega Guard penting juga untuk surutkan bengkak tonsil.
Nutriferon penting untuk nyahkan jangkitan dan kuman pada tonsil.
Alhamdulillah atas nikmat ini. Semoga anak-anak sentiasa sihat dan dijauhi penyakit.
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma