Menyediakan Herba Mandian Selepas Bersalin | Vitamin Cerdik Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Generic License.

Friday 7 February 2014

Menyediakan Herba Mandian Selepas Bersalin

OK hari ini saya ingin bercerita sikit mengenai air mandian ibu selepas bersalin dari daun-daun herba. Ya, saya tahu banyak dah herba-herba mandian ini yang siap dipaketkan, ibu-ibu cuma perlu rebus air je. Tetapi bagi ibu yang agak tradisional macam saya ini, baca sampai habis k :)

Herba mandian ini bagaimanapun boleh juga digunakan oleh semua, sebab bukan untuk ibu selepas bersalin je, elok juga untuk semua orang. Badan pun wangi. Tak percaya, nanti cuba ya.

Untuk ibu selepas bersalin, taklah boleh kerap sangat mandi. Jadi adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi dedaun.


Dedaun yang digunakan bagi tujuan mandian ibu selepas bersalin


Biasanya lepas selesai bertungku, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah menggunakan air rebusan daun, atau sekurang-kurangnya selama dua minggu selepas bersalin.

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek untuk mewangikan air mandian kala berpantang. Antara daun yang digunakan adalah daun kunyin, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai, daun mengkudu dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini sukar dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang di jual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:

- 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
- 10 helai daun limau purut
- 6 batang daun serai bersama serai
- halia muda sebesar 4 kali ibu jari
- 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
- 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
- seketul lengkuass atau 3 helai daunnya

Bagaimana cara menyediakan air mandi

Ambil periuk (dulu orang guna periuk tanah). Sediakan bahan-bahan diatas dan basuh bersih-bersih. Jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air suam-suam kuku sahaja.


Rebus dedaun dahulu sebelum digunakan
Mandi air rebusan daun ini seperti biasa. Kalau boleh mulakan daripada kaki dahulu membawa ke kepala. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasian dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit untuk tujuan awet muda.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma